Refleksi Pelajar

 Nama: ADAM HAIKAL BIN MOHAMMAD PHAIZ

 No ID: IDA22-08-001

 Kelas: DIA 2C


Pada hemat saya,projek ini amatlah memberangsangkan terutamanya bagi pelajar seperti saya.Kempen derma darah merupakan amalan yang mulia..Setiap dari kita haruslah mengambil bahagian untuk menderma darah kerana kempen ini terbukti memberikan banyak kebaikan kepada seseorang individu mahupun masyarakat sekeliling.Bukan sahaja dari segi kesihatan bahkan,ekonomi juga dapat diberi manfaat kepada seseorang.Melalui kempen ini,kita dapat memupuk dan membudayakan amalan hidup sihat dalam kalangan masyarakat.Tanpa kita sedari,masih ramai dalam kalangan masyarakat yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan memandang enteng mengenai kesihatan dan kecergasan diri.Hal ini kerana.mereka masih tidak mempunyai pengetahuan dan kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat.Oleh hal yang demikian,projek kesihatan dan kecergasan seperti ini amatlah wajar dan perlu dilakukan supaya kesedaran dalam kalangan masyarakat dapat dipertingkatkan dan diperluas kepada segenap lapisan masyarakat.Setiap daripada kita berhak untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik agar memudahkan tugasan seharian.Aktiviti seharian bakal terjejas sekiranya kita tidak sihat dan berupaya.Sebagai bicara akhir,ingin saya tegaskan disini bahawa projek projek yang berkaitan kesihatan dan kecergasan diri amatlah wajar kita sokong dan sertai malah melibatkan secara lebih aktif berdasarkan manfaat-manfaat yang diberikan.Kita tidak mengalami sebarang kerugian sebaliknya hanya manfaat dan faedah jika turut serta dalam projek ini.Pada permulaanya mungkin anda akan bertungkus lumus,memerah keringat dan bermandi peluh tetapi pada akhirnya anda akan merasai kemanisan daripada aktiviti ini.

Comments

Popular posts from this blog