Refleksi Pelajar
Nama: ADAM HAIKAL BIN MOHAMMAD PHAIZ No ID: IDA22-08-001 Kelas: DIA 2C Pada hemat saya,projek ini amatlah memberangsangkan terutamanya bagi pelajar seperti saya.Kempen derma darah merupakan amalan yang mulia. . Setiap dari kita haruslah mengambil bahagian untuk menderma darah kerana kempen ini terbukti memberikan banyak kebaikan kepada seseorang individu mahupun masyarakat sekeliling.Bukan sahaja dari segi kesihatan bahkan,ekonomi juga dapat diberi manfaat kepada seseorang.Melalui kempen ini,kita dapat memupuk dan membudayakan amalan hidup sihat dalam kalangan masyarakat.Tanpa kita sedari,masih ramai dalam kalangan masyarakat yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan memandang enteng mengenai kesihatan dan kecergasan diri.Hal ini kerana.mereka masih tidak mempunyai pengetahuan dan kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat.Oleh hal yang demikian,projek kesihatan dan kecergasan seperti ini amatlah wajar dan perlu dilakukan supaya kesedaran dalam kalangan masyarakat d...